Its Been a hectic week

Assalamualaikum ....  Hye ...


Huh... minggu-minggu yang sangat panjang dan memenatkan, penat otak, penat akal, penat fizikal, penat mental, huhu.... banyak benda yang kena uruskan sebelum take a new step, new life, semua la new, may Allah bless... x terkata dgn kata-kata penat minggu ne mcm mana, harap semua berjalan dengan lancar, dan di permudahkan....hfhfhfhfhf


. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .




yeah, every story has an end, but in life every end is a new beginning, dengan harapan selepas ne adalah satu permulaan yang baharu, dan di harapkan apa yang ku cuba lakukan adalah yang terbaik dalam hidup ku, baik untuk diriku dan juga orang lain, its not a easy path, but gambate zurin... You can do it, just have a faith.

ps: hanya sekadar luahan di hati yang paling dalam... 


 

Shoes, A Girl's Best friend

Assalamualaikum & Hye Uolss.



Hari ne mahu kongsi cer mengenai kasut. Yah! Wanita dan kasut sering berkait sebab apa? Mesti orang lelaki hairan kenapa la from head to toe perempuan kena matching... sebab dia, hanya perempuan saja yang tahu.. lain perempuan lain sebab nya, lain pael(perangai) nya.

Mesti lelaki hairan kenapa perempuan setiap kali keluar rumah mesti lain jenis kasut yang ingin mereka peragakan.. mahu p pasar pon dorang ada jenis kasut tersendiri, tidak macam lelaki, semua jenis kasut dorang lantak mahu pakai tidak kira tempat mahupun majlis.

Mari kita singkap misteri disebalik jenis-jenis kasut perempuan.

===============================================================

Slip-Ons



Bagi reen jenis kasut ne, jenis yang masuk terus jalan, lebih kurang macam smart tag... sarung terus gerak, praktikal di pakai bagi golongan yang tekejar-kejar mahu ke sana ke mari. Kasut yang sesuai di pakai ketika majlis-majlis casual. Tapi budaya di malaysia ne, pakai asal cantik and boleh di buat alas untuk kaki.

==================================================================

Flat Shoes


Nama juga flat, confirm-confirm la tiada tumit kan? kan?  kan? (loyar buruk la pula).... Jenis flat shoes ne memang sangat-sangat comfortable dan semua lapisan masyarakat dan umur boleh memakai tanpa sebarang rungutan...

Flat shoes boleh digunakan untuk pelbagai tempat, seperti ke tempat kerja.

contoh kasut ke tempat kerja.

Untuk majlis perkahwinan pon sesuai. tapi selalunya orang yang ada pasangan yang tidak terlalu tinggi jak la yang pakai kasut flat ke tempat orang kahwin, takut kita nampak lebih tinggi daripada pasangan kita la pula.


contoh kasut majlis perkahwinan.

========================================================================

Heels


Heels ne x payah cakap la, memang menjadi salah satu wish list untuk ada dalam koleksi kasut wanita, kalau dalam almari kasut tu, tiada heels maknanya x sah menjadi almari kasut (bagi sesetengan wanita, tidak semua)...

Definisi bagi heels ne, apabila kita pakai kaust tu tumit kaki lebih tinggi daripada jari kaki, tidak separas senang cerita. Antara heels yang ada di pasaran:


Contoh pumps heels.


Stilettos.

sebenarnya kalau mahu senaraikan jenis-jenis heels ne agaknya boleh buat satu buku dokumentari, nanti kalau ada masa dan masih teringat, nanti mahu buat satu entry mengenai jenis-jenis heels la pula.

Buat masa ne, tiga ne saja la dulu... mata pon dah kelat mengantuk, esok nak kerja lagi... tapi sebenarnya ada bermacam-macam jenis lagi kasut yang ada antaranya sandals, boots, sneakers, sport, wedges, flips flop and etc.... banyak lagi la, kalau ada masa lain kali lagi kita sambung, so sekarang selamat beradu sahabat.